ABOUT ME

My photo
Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan


Islam mendorong & menggalakkan umatnya supaya bekerja bahkan bekerja ini wajib supaya dapt mengisi keperluan diri sendiri & keluarga. Islam sgt membenci pengangguran dan hidup meminta-minta.

Disini sy nak kongsi sedikit cerita dr hadis riwayat Imam Bukhari...
bahawa pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan meminta sedekah.Baginda S.A.W menyuruh lelaki itu tunggu sebentar dan lalu masuk ke dalam rumah. Setelah keluar, Baginda S.A.W memberi sebilah kapak dan menyuruhnya pergi bekerja mencari kayu lalu menjual kayu-kayu tersebut di pasar. Sebelum lelaki itu beredar, Baginda memesan agar 2,3 hari lagi datang bertemunya semula. Setelah beberapa hari.lelaki itu datang semula berjumpa Rasulullah S.A.W dan ternyata hasil dari motivasi & semangat yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W telah membantu lelaki itu menjadi seorang usahawan kayu-kayan.

Disini kita dpt lihat bahawa, org yg melakukan setiap kerjanya dengan bersugguh2 tanpa jemu pasti akan berjaya. Dari kisah atas, kita lihat bahawa dengan sekelip mata hanya dalam masa 2, 3 hari lelaki yg selama ini meminta sedekah telah pun berjaya menjadi seorang usahawan yg berjaya. Pengajarannya disini, org yg rajin berusaha pasti akan berjaya manakala org yg malas dengan mengambil jalan pintas dengan meminta sedekah adalah org yang sangat-sangat rugi dan dipandang hina oleh Islam.

bak kata pepatah "USAHA TANGGA KEJAYAAN". Jika kita gagal sekali, tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya..InysaAllah berkat usaha yg dilakukan pasti akan mencorak kejayaan. Aminn..